Sunday, August 30, 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR putuskan Selasa ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya.




KLIK


SVR

Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah perkenan Adun Lunas digugurkan daripada jawatan Exco

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawaipegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. BERNAMA

KLIK


SVR

Monday, August 24, 2009

Siri-siri Cerita razhi sebelum dia keluar jadi bebas (UMNO)...

ni ada kutipan dari beberapa blog yang dah lama dok mengadu pasal hal dia tapi kita semua buat taktau saja, sebab ingatkan sapa tapi kita pakat2 baca balik ada dak persamaan dengan dia....



ADUS Penin Aihhh... Ada lagi Luahan Hati Rakyat Pasai EXCO nie...!!

APANAK JADI DENGAN PKR KEDAH NI??


Aku takmau campurtangan rumah tangga PKR ni, tapi dah meletup cerita EXCO cakap tak serupa bikin tu dalam akhbar, dan ada email mai cerita pasai tu, aku boh pi laaa...
AKU Anak Jati Langkawi …




Aku minta hampa tolong siar juga cerita aku ni, geram aku kat exco tu tak leh tahan dah… dah hampa pakat cerita, aku pun nak buka juga, baiq dia tahwan, Pakatan Rakyat ni bukan lagu UMNO.. buleh sapu duit banyak mana dia mau. Biaq dia tau hormat orang, biaq dia reti organisasi parti.

Kami dalam PKR Langkawi dah serik dengan dia ni. Dok simpan orang lagu ni tak dak guna..buat malu kat UMNO saja..malu la Ketua Umum dok besyarah merata riti, politik baru, harapan baru rakyat Malaysia..tut-tut hang buat lagu ni… tok sah mai Langkawi dah la..bila tanya sumbangan hang kata tak dak duit, keja kerana Allah ta’ala. Tapi hang sapu 18 ribu sebulan…gaji hang lagi.

Tak sangka betoi, hang mai sini kerap sungguh, tapi tak bagitau kami pun..dalam hati kami ni bukan pa, nak sambut laa ‘menteri’ negeri dari PKR, nak tunjuk kat orang UMNO langkawi, ada orang kami jadi Exco dah lani…dulu hampa maki kami bekandaq, tuduh kami barua Amarika la, CIA la, parti tak dak masa depan laa macam-macam..la ni kami dah jadi kerajaan ada orang kami jadi Exco dah.. biaq puak UMNO tau, bukan hampa saja buleh jadi kerajaan… kami pun buleh juga..tapi… bila hang buat lagu ni… Sedih sungguh laa kami.

Kami tau dah hang dok buat paa lani.. kami nak habaq kat orang dan kat pemimpin kita, hang sorang ja jadi lagu ni, orang lain dalam PKR tak macam hang, tapi meluat kant hang dah la ni..silap la hang jadi wakil rakyat.

Hang la ni senyap-senyap ada bisnes di langkawi ni… orang dah mula bercakap hang nak buat internasional school, home stay, pulau arab, dan nak buka bisness kereta sewa. Dengaq kata hang pi Dubai baru ni bawa orang tak luluih lagu mana tak tau lahh… awat tak bawak kami sama..arab buleh la sepatah dua..

Hang nak meniaga pun, tengok la sama hang sama..exco mana buleh meniaga, salah tu. Hang ingat senang ka nak buat sekolah internasional. Home stay pun melambak dah di sini..kereta sewa pun bukan senang.. kalu nak menega juga, bagi la kami yang buat, buleh tumpang cari makan kot tu , hang jadi exco dah la, bagi la idea kat kami…ahli parti, bagi sumbangan balik kat parti, buleh bagi kuat parti.

Hang bawa mai betina bini orang rambut merah, dok hotel mahai-mahai..patut la tak habaq kata nak mai..takut kami pi tumpang ka? Kalau dia tak mai, hang cari wartawan rambut kuning betih karat tu pulak.. bini hang dok rumah pun dah 4 orang dah… hang tipu depa juga ka? Kami di sini pun tak lalu tengok budak tu,mat saleh german pun dia sapu, hang pun dia sapu..ka hang sapu dia?

Dengaq kata hang ada bini muda lawyer.. mengandung nak beranak dah la ni. Nikah siam ka? Nak jadi apa hang ni..hari tu aru, menikah tak daftar, la ni hang pulak buat perangai sama…nombor 2, nombor 3 hang daftar dak? Tak tau la apa nak jadi dengan hang ni..aku geram sungguh ni! Minta ampon la kat tohan.. politik hang dah sampai hujung, lepaih ni jadi posmen balik laaaaaa…!!!



sila tgk link post ni utk pengesahan http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/adus-penin-aihhh-ada-lagi-luahan-hati.html

KLIK


SVR

RASUL MELAYU SUDAH ADA BLOG..!!!!! APA TINDAKAN MENTERI UMNO..?????

NI BLOG DIA http://messengerofgodtoday.blogspot.com/





KLIK


SVR

Sharizat Berpegang Pada apa...??? Buat Kenyataan Macam ni...

Shahrizat nasihat Kartika kemuka rayuan

DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini.Foto AP.


1. Untuk makluman semua, hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :

i. Orang yang sudah mukallaf;

ii. Dengan kemahuan sendiri;

iii. Mengetahui haram hukum meminumnya;

iv. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.

Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan peragawati sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak, supaya memohon semakan atau mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.

“Saya menasihati Kartika untuk memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran bahawa negara Malaysia mengamalkan satu sistem Syariah yang amat menggerunkan terutama untuk kaum wanita.

“Walhal sistem perundangan Syariah di Malaysia jika dilaksanakan mengikut semangat syiar Islam adalah amat adil dan saksama tanpa mengira gender,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu atas kesalahan meminum arak di sebuah hotel di Cherating tahun lepas.

Dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor esok untuk ditahan selama seminggu sebelum menjalani hukuman sebat di situ.

Shahrizat berkata, beliau merujuk kes tersebut bukan kerana pesalah adalah seorang wanita tetapi sama ada hukuman maksimum yang telah dikenakan adil dan mengikut semua peraturan perundangan Syariah.

“Tiada sesiapa yang mempertikaikan bahawa adalah suatu kesalahan menurut Syariah untuk meminum arak.

“Namun, pandangan umum adalah hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan sebat sebanyak enam kali tidak dapat mencapai matlamat untuk mendidik pesalah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pelbagai isu dan soalan prosedur perundangan telah dibangkitkan berhubung pelaksanaan hukuman kes itu, terutama tentang isu sebat ke atas pesalah. - Bernama

Saturday, August 22, 2009

Mana janji-janji Radzhi pada Rakyat Lunas???





























ni adalah petikan ayat-ayat dari blog radzhi....








Kesinambungan Perjuangan Rakyat.

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...

Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.

Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.

Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat. Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.

Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu. Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.

Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.

Wednesday, August 19, 2009

KOTA SIPUTEH SEPINTAS LALU.........


KOTA SI PUTEH


Dibina dalam tahun 1282 Masehi oleh Tunku Ahmad Ibrahim Ibni Muzzil Shah (Raja Muda Kedah ) kota ini dibina untuk dijadikan benteng pertahanan bahagian utara negeri Kedah dari ancaman orang-orang Acheh dan Siam . Kota Si Putih telah dijadikan pusat pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti 8 o
rang sultan negeri Kedah dalam tahun 1626 Masehi, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah ( Sultan Kedah ke- 13 ) telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Si Putih ke Kota Naga . Kota Si Puteh suatu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan sultan negeri Kedah yang ke - 3 . Dalam tradisi lisan, kisah 'Puteri Lindungan Bulan' sering dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Kedah yang berdarah putih . Tindakan Sultan Kedah yang enggan menyerahkan puteri yang berdarah putih, sebaliknya, menyerahkan puterinya yang berdarah merah telah menyebabkan Acheh menyerang Kedah . Walaupun Kedah tewas, tetapi Acheh gagal mencapai hasratnya kerana puteri tersebut telah bersembunyi di dalam sebuah lubang yang agak terpencil sehingga cahaya bulan pun tidak dapat sampai . Lantaran itu, puteri tersebut di gelar ' Puteri Lindungan Bulan' . Terdapat sepasang nisan Acheh di makam tersebut yang terletak di atas bukit kecil di kampung Si Puteh yang dikenali 'Makam Puteri Lindungan Bulan'

Di sini jugak terdapatnya watt siam terbesar di malaysia yang bernama watt bonyaram berhampiran kota siputeh...



Persoalannya adakah pemimpin2 pas dapat menawan hati para pengundi masyarakat siam agar dapat merampas dun kota siputeh yang mana pas telah berputih mata pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas mungkin faktor calon ataupun mungkin faktor geografi yang mana seperti kita sedia maklum dun kota siputeh telah menjangkaui pekan sanglang malahan sehingga kuala sanglang yang sedia maklum bahawa dahulunya di bawah dun ayer hitam, akan tetapi atas persempadanan semula menjadikan dun kota siputeh seakan-akan cucur kodok rupa petanya... mana mungkin kuala sanglang yang berada di mukim sanglang tiba2 berada di bawah dun anak bukit... tunggu pendedahan saya yang selanjutnya mengenai dun kota siputeh sehingga berjumpa lagi.. wassalam

http://mzaidi.com

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

azlanPengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Monday, August 17, 2009

UNDI CALON KITA Permatang Pasir: Salleh Man

Lay01 Streamer 2x5 N11

PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Iklan
 
 
  

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu sebagai permulaan program pilihanraya kecil Permatang Pasir program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) bertajuk �Anwar akan jawab siapa pengkhianat Melayu� di Permatang Pasir.

Antara penceramahnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Dr Mansor Othman, Saifudin Nasution, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Zahrain Hashim,

Ceramah besar-besaran juga akan diadakan di Taman Cermai, Permatang Pauh. Antara penceramahnya adalah Anwar, Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan Mohd Sabu. _



Sunday, August 16, 2009

Kerajaan Pakatan Kedah sudah 500 hari terbina

DSC_6683
DSC_6681
DSC_6677
DSC_6674
DSC_6673
DSC_6663


ImageSemalam cukup 500 hari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mentadbir negeri Kedah dan bagi meraikannya, satu perhimpunnan besar-besaran telah diadakan di Kompleks PAS Kedah, dekat Gurun malam tadi.

Kira-kira 20,000 penyokong kerajaan negeri telah berhimpun malam tadi bagi meraikannya di dalam majlis ceramah yang disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifudin Nasuition Ismail memberikan ucapan pada majlis yang penuh sejarah itu.

Azizan ketika berucap mengumumkan beberapa perkara penting kepada rakyat Kedah. Antaranya, soal pemilikan tanah yang sangat diminati oleh rakyat.

"Mulai sekarang, kerajaan akan memproses permohonan pemilikan tanah terhadap mereka yang meneroka tanah kerajaan selepas lima tahun bukan lagi selepas 10 tahun sebagaimana sebelum ini," umum Azizan.

Pemerosesan ini akan diuruskan jika mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, kata Azizan

Kerajaan negeri juga, kata Azizan, akan menimbangkan permohonan penduduk jenerasi kedua kampung-kampung baru untuk mendapatkan geran ke atas tapak rumah kediaman mereka.

Dalam ucapannya, Azizan memberikan jaminan tidak akan mempertahankan mana-mana exco, wakil rakyat atau pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah.

Azizan bertegas akan memastikan rekod kerajaan negeri Kedah pimpinannya terus bebas dari sebarang anasir rasuah.

Dalam tempoh 500 hari, pelbagai pancaroba dihadapi oleh kerajaan negeri Kedah namun ia berjaya dilalui dengan baik oleh beliau dan rakan-rakannya.

ImageIsu tidak puashati pemimpin DAP Kedah terhadap perobohan pusat memproses daging babi berjaya diselesaikan oleh Azizan dan rakan-rakannya dengan baik.
(Anggota Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bergambar di atas tapak Sulihh bersama isteri dan pemimpin Muslimat PAS kawasan Jerai yang melawat tapak itu baru-baru ini,)

Kedah juga sedang dalam proses untuk menerima projek besar iaitu Sungai Limau Hidrocarbon Hub (Sulihh) di Yan yang bakal dirasmikan upacara pecah tanahnya oleh Tuanku Sultan Kedah 29 September ini.

Projek ini dijangka menyelesaikan banyak masalah ekonomi Kedah kerana kerajaan negeri akan mendapat royaltu sehingga RM400 juta setahun melalui projek ini apabila berjalan kelak.

Monday, August 10, 2009

Onani punca penyebab H1N1




Elak homoseksual, onani cegah wabak

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang terbabit dalam kegiatan itu, tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan, yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Beliau berkata, sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata, mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak mengganggu ketahanan badan. Bernama


SVRI

KLIK