Tuesday, October 7, 2008

Filem Dunia Baru The Movie Hina Islam



Assalamualaikum.....

Dua tiga hari yang lalu saya ada membeli DVD bertajuk dunia baru... bukan saya minat sangat pun nak tgk filem ni tetapi saya teringat masa tahun lepas bulan 6 tak silap saya dia punya Pengarah fotografi(DOP) ada call saya mintak saya shoot fotografi untuk filem ni... dia cakap bayaran satu scene Rm300 memang lumayan la tetapi oleh kerana ada tugasan lain yang saya perlu ikuti terpaksalah saya melupakan hasrat tersebut.... tetapi dia memujuk saya jugak disebabkan dia perlukan fotografer last minit, dia ada memberitahu saya semua pelakon ni muda-muda belaka malahan cantik pula, walaupun bermacam-macam pujukan yang telah digula-gulakan kepada saya semua tu tak dapat membawa saya ke sana..... saya di fahamkan bahawa shooting ni berlangsung di Yan dan Pendang Kedah tu la sebabnya dia perlukan kru dari kalangan org tempatan tak payah la nak bayar mahal-mahal.Ok berbalik kepada filem ni, semasa menonton saya dapati satu scene tu telah diisi dengan satu lagu nasyid iaitu "Sepohon Kayu" akan tetapi mereka ini mempersembahkan dengan begitu biadap sekali iaitu dgn cara tidak menutup aurat dan mengganguk kepala seolah-olah lagu rock.... ini amat menyedihkan...

Monday, October 6, 2008

Kelab Penyokong PAS turut meriahkan Aidilfitri...

Changlun, 1 Okt- Kemeriahan Aldilfitri tahun ini turut sama dirasai bahangnya bersama-sama kelab penyokong PAS Kawasan Changlun. Mereka amat berbesar hati apabila dijemput bagi mengunjungi rumah terbuka Tuan Haji Nor Azlan Jan yang mana menyediakan juadah yang belum pernah mereka nikmati selama ini seperti rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih Tradisional melayu.

Jika dulu mereka hanya melihat dari jauh sahaja akan tetapi kali ini mereka turut sama meraikanya.Kata Kumaren "Kami masyarakat India amat terharu atas jemputan ini, kini kami dan masyarakat melayu sekitar Changlun adalah seperti saudara."Dalam pada itu mereka juga mahukan hubungan yang akrab ini kekal sampai bila-bila.

From Copyright © mzaidi.com


From Copyright © mzaidi.com


From Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com


Copyright © mzaidi.com


Copyright © mzaidi.com


Copyright © mzaidi.com


regard,
MZAIDI.COM
Principal Photographer
Mzaidi.com
edphotographykedah@gmail.com
http://www.mzaidi.com

Sunday, October 5, 2008

BN Bukanlah Anak jantan.....

fendi & eija2

Bn dengan angkuhnya menggunakan segala kuasa yang ada dengan menyekat pengaruh pembangkang di dalam pilihanraya PRU12 yang lalu dengan memberi surat amaran penyiaran ucapan para pemimpin pembangkang... ini amat menyedihkan demokrasi rimba yang di agung-agungkan mereka kelak akan memakan diri sendiri

regard,
http://www.mzaidi.com

Rakyat Pelbagai kaum rai Aidilfitri di kediaman MB Kedah.



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com




Alor Star - 4 Okt 2008: Sejak dari seawal jam 11 pagi lagi seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum melayu cina india siam berpusu-pusu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.

Jamuan bermula dari jam 11 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang, rata-rata pengunjung yang datang amat gembira dengan majlis yang diadakan disamping menjamu selera mereka juga dapat merapatkan lagi jurang antara pemimpin dengan rakyat.

Berbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, sate, mee goreng mamak, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim.

YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah serta beberapa orang adun juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan juga orang dewasa yang turut bersesak-sesak untuk mendapatkan duit raya dari Menteri besar Kedah.


regard,
MZAIDI.COM
Principal Photographer
Mzaidi.com
+60195112662
edphotographykedah@gmail.com
http://www.mzaidi.com