Friday, January 1, 2010

jom jalan2 kat kota siputeh


Makam Tuanku Puteri Sultan kedah yang bersemayam di kota siputeh, yang mengambil sempena nama puteri yang dikatakan berdarah putih.

pemandangan bukit hantu yang berada di pekan kodiang, dikelilinggi oleh sawah padi.

masyarakat siam yang menghuni kawasan pekan padang sera.

watt siam bonyaram yang berada di pekan padang sera.

Saturday, December 26, 2009

Forum Akademik Raja berpelembangaan (KUPASAN KRISIS PERAK)

klik link ni http://vod.uum.edu.my/index.php/component/option,com_seyret/Itemid,32/id,26/task,videodirectlink/

Sunday, September 27, 2009

Ada Pemeras Ugut bila menggunakan Tempat Awam

DSC_7247 copy
DSC_7243
DSC_7284 copy

Kecewa itulah yang dapat saya luahkan apabila saya balik dari kampung tradi sional gunung keriang itulah yang dapat saya ungkapkan, mana taknya hari tu saya bawak satu pasangan pengantin ni yang teringin sangat bergambar di sekitar kawasan kampung ni yang mana terdapatnya rumah-rumah tradisional melayu kedah.... sebelum ni pun dah banyak kali saya ke sana bawak pengantin, tak ketinggalan jugak kawan-kawan saya yang memang selalu ke sana sebelum ni kami tiada masalah apabila pergi ke sana.. tetapi kali ni kami berhadapan dengan kononnya petugas di situ, yang meminta sejumlah bayaran setelah kami selesai mengambil gambar di situ bila diajukan soalan tiada resit rasmi ke setelah kami membuat pembayaran, mereka menjawab kami tiada resit.... amat menghairankan hak kerajaan apabila digunakan dan dikenakan bayaran tetapi tiada resit.... kalau masuk zoo pun cas kamera ada resit... tu pun cuma rm5 tapi ini RM20..... sungguh sedih

Wednesday, September 16, 2009

'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

KETUA ajaran sesat "Rasul Melayu" Abdul Kahar Ahmad, 59, (kanan) diiringi pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang bagi lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1985. Beliau yang sebelum ini beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan, ditahan pasukan penguatkuasa JAIS pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.--foto BERNAMA

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.

Mohon rayuan bantu saudara baru ditinggalkan suami…

Mohon rayuan bantu saudara baru ditinggalkan suami…

oleh Pembela




Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat. Ini memandangkan di dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Hj Ismail, Setiausaha Agung Pembela, kami dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

“Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela, katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan”.

Dari maklumat yang di terima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari. Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur 8 tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, saya tidak tahu nak buat apa-apa..kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit….susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah,”.

“Kalau ada masalah… saya mengadu kepada Hj Ibrahim Lai kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (budha)”, katanya.

Katanya, rasa perit apabila memeluk agama Islam..keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam… tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya”.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera. Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, No Akaun Maybank : 152170031022 ataupun menghubunginya di talian : 019-514 7892. Kegterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).

'Rasul Melayu' bakal beraya di penjara

'Rasul Melayu' bakal beraya di penjara
Sep 16, 09 2:47pm
Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.

Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

"Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin," katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

"Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

"Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan," katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai "rasul orang Melayu di zaman ini" sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: "Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan" dan "buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi".

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuatkuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005. BERNAMA