Wednesday, September 16, 2009

Mohon rayuan bantu saudara baru ditinggalkan suami…

Mohon rayuan bantu saudara baru ditinggalkan suami…

oleh Pembela




Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat. Ini memandangkan di dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Hj Ismail, Setiausaha Agung Pembela, kami dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

“Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela, katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan”.

Dari maklumat yang di terima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari. Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur 8 tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, saya tidak tahu nak buat apa-apa..kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit….susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah,”.

“Kalau ada masalah… saya mengadu kepada Hj Ibrahim Lai kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (budha)”, katanya.

Katanya, rasa perit apabila memeluk agama Islam..keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam… tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya”.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera. Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, No Akaun Maybank : 152170031022 ataupun menghubunginya di talian : 019-514 7892. Kegterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).

1 comment:

ahazeman said...

bukan mudah nak menganut Islam.. mana jabatan Agama Islam setempat dalam melihat isu ini.. mana pentadbir wang zakat yang kononnya cekap?