Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

NUJ kesal jurufoto ditangkap dan dikasari

NUJ kesal jurufoto ditangkap dan dikasari
Sep 2, 09 5:03pm
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi.

Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis eksekutif NUJ berkata Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

Stanley adalah antara tujuh orang yang ditangkap polis pagi tadi.

Tiga daripada mereka adalah ADUN Pakatan Rakyat - Datuk Ngeh Koo Ham (Setiawan), Keshvinder Singh (Malim Nawar) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai). Tiga lagi yang itangkap ialah orang awam.



KLIK


SVR

Sunday, October 5, 2008

BN Bukanlah Anak jantan.....

fendi & eija2

Bn dengan angkuhnya menggunakan segala kuasa yang ada dengan menyekat pengaruh pembangkang di dalam pilihanraya PRU12 yang lalu dengan memberi surat amaran penyiaran ucapan para pemimpin pembangkang... ini amat menyedihkan demokrasi rimba yang di agung-agungkan mereka kelak akan memakan diri sendiri

regard,
http://www.mzaidi.com

Rakyat Pelbagai kaum rai Aidilfitri di kediaman MB Kedah.



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com



Copyright © mzaidi.com




Alor Star - 4 Okt 2008: Sejak dari seawal jam 11 pagi lagi seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum melayu cina india siam berpusu-pusu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.

Jamuan bermula dari jam 11 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang, rata-rata pengunjung yang datang amat gembira dengan majlis yang diadakan disamping menjamu selera mereka juga dapat merapatkan lagi jurang antara pemimpin dengan rakyat.

Berbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, sate, mee goreng mamak, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim.

YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah serta beberapa orang adun juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan juga orang dewasa yang turut bersesak-sesak untuk mendapatkan duit raya dari Menteri besar Kedah.


regard,
MZAIDI.COM
Principal Photographer
Mzaidi.com
+60195112662
edphotographykedah@gmail.com
http://www.mzaidi.com