Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

NUJ kesal jurufoto ditangkap dan dikasari

NUJ kesal jurufoto ditangkap dan dikasari
Sep 2, 09 5:03pm
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi.

Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis eksekutif NUJ berkata Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

Stanley adalah antara tujuh orang yang ditangkap polis pagi tadi.

Tiga daripada mereka adalah ADUN Pakatan Rakyat - Datuk Ngeh Koo Ham (Setiawan), Keshvinder Singh (Malim Nawar) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai). Tiga lagi yang itangkap ialah orang awam.



KLIK


SVR

Wednesday, February 18, 2009

elizabert wong gambar bogel



Heboh dan Panas mengenai penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong di dada-dada blog-blog murahan yang tanpa segan silu tidak di ’sensor’. Ini bukan sahaja menjejaskan kredibilitinya sebagai adun kawasannya malah boleh memalukan dirinya sendiri dalam pada masa yang sama. Dengar cerita, gambar diambil ketika dia dan bekas teman lelakinya berada di sebuah rumah.

Teman lelakinya itu mengambil gambarnya ketika dia sedang tidur menggunakan seperti kain pelikat dan tidak menggunakan seluar dalam, yang peliknya ianya bukan gambar separuh bogel dan juga bogel penuh yang digembar gemburkan dalam mana-mana media yang mengatakan ianya gambar bogel, dalam diam-diam juga lah teman lelakinya itu ‘cuba-cuba’ atau baik punya chilok masuk ke kangkangannya dengan mengambil gambar menggunakan handphone berkamera model lama, atas kemungkinan gambar yang diambil tidak jelas dan samar-samar.

Terbaru Elizabeth membuat laporan polis berhampiran mengenai gambar berkenaan dan yang lebih peliknya lagi, teman bofren yang ambil gambar berkenaan tapi melibatkan BN pula dalam hal ini. Sedangkan sudah semestinya bekas teman lelakinya itu, pro kepada dia. Sekarang Elizabeth mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari Exco Selangor kerana kes tersebut. Jadi, siapa benar dan salah siapa?? mainan politik dari siapa, pembangkang atau BN? bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak, namun siasatan belum selesai lagi, dan tidak boleh menimbulkan fitnah tanpa bukti. itu lah gimik masyarakat pada hari ini, teknologi di salah gunakan.


dapat cek