Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

dapat cek

Tuesday, October 7, 2008

Filem Dunia Baru The Movie Hina Islam



Assalamualaikum.....

Dua tiga hari yang lalu saya ada membeli DVD bertajuk dunia baru... bukan saya minat sangat pun nak tgk filem ni tetapi saya teringat masa tahun lepas bulan 6 tak silap saya dia punya Pengarah fotografi(DOP) ada call saya mintak saya shoot fotografi untuk filem ni... dia cakap bayaran satu scene Rm300 memang lumayan la tetapi oleh kerana ada tugasan lain yang saya perlu ikuti terpaksalah saya melupakan hasrat tersebut.... tetapi dia memujuk saya jugak disebabkan dia perlukan fotografer last minit, dia ada memberitahu saya semua pelakon ni muda-muda belaka malahan cantik pula, walaupun bermacam-macam pujukan yang telah digula-gulakan kepada saya semua tu tak dapat membawa saya ke sana..... saya di fahamkan bahawa shooting ni berlangsung di Yan dan Pendang Kedah tu la sebabnya dia perlukan kru dari kalangan org tempatan tak payah la nak bayar mahal-mahal.Ok berbalik kepada filem ni, semasa menonton saya dapati satu scene tu telah diisi dengan satu lagu nasyid iaitu "Sepohon Kayu" akan tetapi mereka ini mempersembahkan dengan begitu biadap sekali iaitu dgn cara tidak menutup aurat dan mengganguk kepala seolah-olah lagu rock.... ini amat menyedihkan...