Showing posts with label adun. Show all posts
Showing posts with label adun. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Tiada p'raya kecil di Kota Siputeh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN tersebut.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.

Abdul Isa bagaimanapun sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.

"SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.

"Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada," katanya.

KLIK


SVR

Saturday, August 22, 2009

Mana janji-janji Radzhi pada Rakyat Lunas???





























ni adalah petikan ayat-ayat dari blog radzhi....








Kesinambungan Perjuangan Rakyat.

Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...

Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.

Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.

Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat. Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.

Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu. Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.

Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.

Wednesday, August 19, 2009

KOTA SIPUTEH SEPINTAS LALU.........


KOTA SI PUTEH


Dibina dalam tahun 1282 Masehi oleh Tunku Ahmad Ibrahim Ibni Muzzil Shah (Raja Muda Kedah ) kota ini dibina untuk dijadikan benteng pertahanan bahagian utara negeri Kedah dari ancaman orang-orang Acheh dan Siam . Kota Si Putih telah dijadikan pusat pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikuti 8 o
rang sultan negeri Kedah dalam tahun 1626 Masehi, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah ( Sultan Kedah ke- 13 ) telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Si Putih ke Kota Naga . Kota Si Puteh suatu ketika dahulu merupakan pusat pemerintahan sultan negeri Kedah yang ke - 3 . Dalam tradisi lisan, kisah 'Puteri Lindungan Bulan' sering dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Kedah yang berdarah putih . Tindakan Sultan Kedah yang enggan menyerahkan puteri yang berdarah putih, sebaliknya, menyerahkan puterinya yang berdarah merah telah menyebabkan Acheh menyerang Kedah . Walaupun Kedah tewas, tetapi Acheh gagal mencapai hasratnya kerana puteri tersebut telah bersembunyi di dalam sebuah lubang yang agak terpencil sehingga cahaya bulan pun tidak dapat sampai . Lantaran itu, puteri tersebut di gelar ' Puteri Lindungan Bulan' . Terdapat sepasang nisan Acheh di makam tersebut yang terletak di atas bukit kecil di kampung Si Puteh yang dikenali 'Makam Puteri Lindungan Bulan'

Di sini jugak terdapatnya watt siam terbesar di malaysia yang bernama watt bonyaram berhampiran kota siputeh...



Persoalannya adakah pemimpin2 pas dapat menawan hati para pengundi masyarakat siam agar dapat merampas dun kota siputeh yang mana pas telah berputih mata pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas mungkin faktor calon ataupun mungkin faktor geografi yang mana seperti kita sedia maklum dun kota siputeh telah menjangkaui pekan sanglang malahan sehingga kuala sanglang yang sedia maklum bahawa dahulunya di bawah dun ayer hitam, akan tetapi atas persempadanan semula menjadikan dun kota siputeh seakan-akan cucur kodok rupa petanya... mana mungkin kuala sanglang yang berada di mukim sanglang tiba2 berada di bawah dun anak bukit... tunggu pendedahan saya yang selanjutnya mengenai dun kota siputeh sehingga berjumpa lagi.. wassalam

http://mzaidi.com

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

azlanPengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.