Monday, August 24, 2009

Sharizat Berpegang Pada apa...??? Buat Kenyataan Macam ni...

Shahrizat nasihat Kartika kemuka rayuan

DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini.Foto AP.


1. Untuk makluman semua, hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri. Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman (had) terhadap orang yang meminum arak ialah :

i. Orang yang sudah mukallaf;

ii. Dengan kemahuan sendiri;

iii. Mengetahui haram hukum meminumnya;

iv. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil.

Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut.

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan peragawati sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak, supaya memohon semakan atau mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.

“Saya menasihati Kartika untuk memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran bahawa negara Malaysia mengamalkan satu sistem Syariah yang amat menggerunkan terutama untuk kaum wanita.

“Walhal sistem perundangan Syariah di Malaysia jika dilaksanakan mengikut semangat syiar Islam adalah amat adil dan saksama tanpa mengira gender,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu atas kesalahan meminum arak di sebuah hotel di Cherating tahun lepas.

Dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor esok untuk ditahan selama seminggu sebelum menjalani hukuman sebat di situ.

Shahrizat berkata, beliau merujuk kes tersebut bukan kerana pesalah adalah seorang wanita tetapi sama ada hukuman maksimum yang telah dikenakan adil dan mengikut semua peraturan perundangan Syariah.

“Tiada sesiapa yang mempertikaikan bahawa adalah suatu kesalahan menurut Syariah untuk meminum arak.

“Namun, pandangan umum adalah hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan sebat sebanyak enam kali tidak dapat mencapai matlamat untuk mendidik pesalah,” katanya.

Beliau berkata selain itu, pelbagai isu dan soalan prosedur perundangan telah dibangkitkan berhubung pelaksanaan hukuman kes itu, terutama tentang isu sebat ke atas pesalah. - Bernama

No comments: