*Semua gambar yang dipapar di sini adalah milik penuh www.mzaidi.com tidak dibenarkan menerbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis dari pemilik.
Pokok Sena 28 Feb- Hampir 20,000 membanjiri perkarangan KOMPLEK PAS POKOK SENA, Jln Langgar, Alor Setar semalam, sempena Program CERAMAH PERDANA & PENUTUP EKSPO PERTANIAN DAN PRODUK HALAL 2009.Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena Merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar yang menerangkan keadaan politik semasa Kedah yang mana telah terjadi satu tohmahan kepada salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri Kedah Sekarang, menurut beliau hal yang dikatakan pihak tertentu adalah semata-mata polemik politik semata-mata. Ceramah selepas itu diteruskan lagi dengan penjelasan politik semasa negeri Perak oleh Menteri Besar Perak yang sah disisi undang-undang serta perlembagaan itu YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin yang mana beliau menerangkan pada hadirin bahawa beliau menyanjung tinggi insitusi diraja Perak. Pada majlis tersebut juga sisaksikan para hadirin penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas penyokong UMNO kawasan Pokok Sena, yang mana wakil dari 182 orang ahli baru terbabit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa. Ceramah diakhiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa yang menyentuh perihal yang berlaku dengan fenomena politik semasa Negara sekarang.
regard, MZAIDI.COM Principal Photographer Mzaidi.com edphotographykedah@gmail.com http://www.mzaidi.com
Heboh dan Panas mengenai penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong di dada-dada blog-blog murahan yang tanpa segan silu tidak di ’sensor’. Ini bukan sahaja menjejaskan kredibilitinya sebagai adun kawasannya malah boleh memalukan dirinya sendiri dalam pada masa yang sama. Dengar cerita, gambar diambil ketika dia dan bekas teman lelakinya berada di sebuah rumah.
Teman lelakinya itu mengambil gambarnya ketika dia sedang tidur menggunakan seperti kain pelikat dan tidak menggunakan seluar dalam, yang peliknya ianya bukan gambar separuh bogel dan juga bogel penuh yang digembar gemburkan dalam mana-mana media yang mengatakan ianya gambar bogel, dalam diam-diam juga lah teman lelakinya itu ‘cuba-cuba’ atau baik punya chilok masuk ke kangkangannya dengan mengambil gambar menggunakan handphone berkamera model lama, atas kemungkinan gambar yang diambil tidak jelas dan samar-samar.
Terbaru Elizabeth membuat laporan polis berhampiran mengenai gambar berkenaan dan yang lebih peliknya lagi, teman bofren yang ambil gambar berkenaan tapi melibatkan BN pula dalam hal ini. Sedangkan sudah semestinya bekas teman lelakinya itu, pro kepada dia. Sekarang Elizabeth mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari Exco Selangor kerana kes tersebut. Jadi, siapa benar dan salah siapa?? mainan politik dari siapa, pembangkang atau BN? bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak, namun siasatan belum selesai lagi, dan tidak boleh menimbulkan fitnah tanpa bukti. itu lah gimik masyarakat pada hari ini, teknologi di salah gunakan.
31 Jan(Alor Setar)-Kebakaran ini berlaku disebabkan litar pintas, yang melibatkan sebuah stor penyimpanan barangan aksesori kereta.kejadian berlaku sekitar jam 4 petang.4 buah jentera pemadam api terlibat iaitu dari balai bomba alor setar, bomba sukarela seberang nyonya dan bomba sukarela kampung berjaya.
regard, MZAIDI.COM Principal Photographer Mzaidi.com edphotographykedah@gmail.com http://www.mzaidi.com
ALOR SETAR, 26 Jan - Menyelami segala penderitaan diatas kekejaman zionis israel ke atas bumi Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih seribu nyawa umat Islam di sana, malah telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dahsyat di bandar tersebut. Hampir 25,000 hadirin dengan semangat rakan seagama telah datang beramai-ramai ke Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak berjamaah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik diikuti tayangan khas kesengsaraan di Gaza. Ceramah disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak; Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil Hamas Naji Shuri Al-Zaza, yang merupakan adik kepada Timbalan Perdana Menteri kerajaan Hamas yang mana sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah teknologi maklumat di UUM. Sebarang sumbangan awal juga boleh dibuat dan disalurkan melalui akaun BIMB 02011010058915 atas nama Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah.
*Semua gambar adalah hak cipta terpelihara segala penggunaan semula dalam bentuk kormesil adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Mzaidi.com
Jitra, 25 Jan 2009 - Bertempat di Bandar Darulaman telah diadakan satu Majlis Himpunan Rakyat Bantah Kekejaman Israel, yang mana di hadiri oleh lebih 1000 orang yang membawa bendera palestin bagi menunjukkan rasa simpati kepada mangsa perang di Gaza.Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Presiden Pas Tn. Hj Mohammad Sabu dan juga Ketua Penerangan Pas Pusat dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Hj. Mahfuz.
*Semua gambar adalah hak cipta terpelihara segala penggunaan semula dalam bentuk kormesil adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Mzaidi.com
NAMA : MOHD ZAIDI BIN DESA
ADD: MZAIDI TECHNOLOGY, 198, SHOPS LOT,
KG TRADISI, CHANGLUN, KEDAH.
PHONE: 04-9243667
MOBILE: 0124436143
Company : MZAIDI TECHNOLOGY
: Selling Photografic product