Saturday, February 28, 2009

Nizar Jelaskan Perkembangkan Di Perak.






Pokok Sena 28 Feb- Hampir 20,000 membanjiri perkarangan KOMPLEK PAS POKOK SENA, Jln Langgar, Alor Setar semalam, sempena Program CERAMAH PERDANA & PENUTUP EKSPO PERTANIAN DAN PRODUK HALAL 2009.Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Pas kawasan Pokok Sena Merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar yang menerangkan keadaan politik semasa Kedah yang mana telah terjadi satu tohmahan kepada salah seorang dari Exco Kerajaan Negeri Kedah Sekarang, menurut beliau hal yang dikatakan pihak tertentu adalah semata-mata polemik politik semata-mata.
Ceramah selepas itu diteruskan lagi dengan penjelasan politik semasa negeri Perak oleh Menteri Besar Perak yang sah disisi undang-undang serta perlembagaan itu YAB Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin yang mana beliau menerangkan pada hadirin bahawa beliau menyanjung tinggi insitusi diraja Perak.
Pada majlis tersebut juga sisaksikan para hadirin penyerahan borang keahlian Pas oleh bekas penyokong UMNO kawasan Pokok Sena, yang mana wakil dari 182 orang ahli baru terbabit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa.
Ceramah diakhiri oleh
Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hj. Husam Musa yang menyentuh perihal yang berlaku dengan fenomena politik semasa Negara sekarang.






regard,
MZAIDI.COM
Principal Photographer
Mzaidi.com
edphotographykedah@gmail.com
http://www.mzaidi.com



dapat cek

No comments: