Monday, September 15, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Dua Penjenayah ditembak mati.

CHANGLUN(2 september 2008): Pihak polis telah menembak mati dua penjenayah semasa kejadian tembak menembak di stesen minyak caltex Taman Teja di Kilometer 8.7, Lebuh Raya Utara-Selatan, di Changlun, pagi tadi.
Ketua Polis Kontinjen Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata kejadian berlaku jam 10 pagi dan dua lelaki berumur 25 dan 29 tahun itu terbabit dalam kes culik dan rompak di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Polis menemui sepucuk pistol semi automatik di dalam kereta penjenayah terbabit.
Saturday, August 30, 2008
Salam Perkenalan.

Terima kasih kepada para pengunjung dan para pembaca yang sudi melawat ke blog saya ini, setelah lama meninggalkan dunia penulisan akhirnya saya mula kembali aktif menulis semula atas sebab-sebab keterbukaan pilitik semasa kedah sekarang.Selalunya dalam setiap blog yang diwujudkan para pengendali akan menceduk 100 % hasil karya mana-mana laman web atau tulisan, akan tetapi saya di sini cuba untuk menghasilkan setiap tulisan dan karya dari pengamatan serta perspektif diri saya sendiri.Diharapkan segala yang saya hasilkan di sini akan dapat dimanafaatkan oleh kita bersama agar membawa kedah maju lebih jauh bersama islam "KEDAH SEJAHTERA"
Subscribe to:
Posts (Atom)





