Friday, July 10, 2009

Berminat Guna Minyak Masak Sebagai Pelincir Enjin Kereta?

Berminat Guna Minyak Masak Sebagai Pelincir Enjin Kereta?

Oleh Shahrullizan Rusli

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) -- Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli dengan harga RM2.50 sepaket bagi menjaga bahagian enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan 3 liter minyak hitam. Jadi saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, RM130 mesti habis, sekarang kurang dari RM10," katanya kepada Bernama di sini.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan "minyak hitam" yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurut beliau, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

PALING SENTITIK

Nik Safian Afzani berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel terbabit berasa sangat terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air iaitu Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta jenis Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif kepada keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata, "Minyak kelapa sawit merupakan minyak yang paling sentitik, tapi kita tidak tahu mengenainya".

KIRA-KIRA 60 PENGGUNA

Bagi mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam pada kira-kira dua tahun lepas selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak dari itu beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak yang berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya sudah mencecah RM200.

TUKAR DAHULU GASKET

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya, jika boleh, menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm#The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama.

-- BERNAMA

Wednesday, July 8, 2009

Masalah PR Pulau Pinang dan Kedah akan segera diselesaikan

Kemelut PR Kedah Menemui Jalan Keluar

Fenomena azan

Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam

anak najib

kongsi maklumat

Assalamua’alaikum semua saudara seagama ku,

Di sini nak di kongsikan satu laman web di mana kita boleh muat turun satu program di mana setiap kali masuk waktu solat akan berkumandang azan . Boleh pilih azan dari mekah, madinah atau Egypt dan lain-lain negeri.

Cuma klik download free athan, pilih Bandar changlun (dah set waktu solat changlun) dan download.

Boleh juga downloadkan athan di mobile phone.

Saya dah cuba untuk PC atau lap top dan juga untuk mobile phone dan sehingga kini tiada masalah.

Kita kadang-kadang terlalu asyik bekerja di depan computer sampai tak sedar masuk waktu solat. Bila dah ada azan setiap waktu solat kita akan sentiasa ingat bila sampai waktu solat untuk bersolat.

Semoga usaha yang sedikit ini mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.

Web site: www.islamicfinder.org

Cubalah dan maklumkan lah kepada semua saudara kita yang lain.Agar mendapat rahmat dari ALLAH.