Saturday, January 31, 2009

Kebakaran di kaw. perindustrian Mergong Alor Setar, Kedah.





31 Jan(Alor Setar)-Kebakaran ini berlaku disebabkan litar pintas, yang melibatkan sebuah stor penyimpanan barangan aksesori kereta.kejadian berlaku sekitar jam 4 petang.4 buah jentera pemadam api terlibat iaitu dari balai bomba alor setar, bomba sukarela seberang nyonya dan bomba sukarela kampung berjaya.

regard,
MZAIDI.COM
Principal Photographer
Mzaidi.com
edphotographykedah@gmail.com
http://www.mzaidi.com

dapat cek

Monday, January 26, 2009

Penderitaan Rakyat Palestin Mendapat Simpati Penduduk Kedah

ALOR SETAR, 26 Jan - Menyelami segala penderitaan diatas kekejaman zionis israel ke atas bumi Palestin di Gaza yang telah mengorbankan lebih seribu nyawa umat Islam di sana, malah telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang dahsyat di bandar tersebut.
Hampir 25,000 hadirin dengan semangat rakan seagama telah datang beramai-ramai ke Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah itu bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan Isyak berjamaah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik diikuti tayangan khas kesengsaraan di Gaza. Ceramah disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak; Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil Hamas Naji Shuri Al-Zaza, yang merupakan adik kepada Timbalan Perdana Menteri kerajaan Hamas yang mana sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah teknologi maklumat di UUM.
Sebarang sumbangan awal juga boleh dibuat dan disalurkan melalui akaun BIMB 02011010058915 atas nama Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah.
palestin palestin1 palestin2 palestin3 palestin4 palestin5 palestin6 palestin7

*Semua gambar adalah hak cipta terpelihara segala penggunaan semula dalam bentuk kormesil adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Mzaidi.com



RM5JE.COM

Sunday, January 25, 2009

Majlis Himpunan Rakyat Bantah Kekejaman Israel

Jitra, 25 Jan 2009 - Bertempat di Bandar Darulaman telah diadakan satu Majlis Himpunan Rakyat Bantah Kekejaman Israel, yang mana di hadiri oleh lebih 1000 orang yang membawa bendera palestin bagi menunjukkan rasa simpati kepada mangsa perang di Gaza.Turut hadir dalam majlis itu ialah Naib Presiden Pas Tn. Hj Mohammad Sabu dan juga Ketua Penerangan Pas Pusat dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Hj. Mahfuz.

palestine  palestine2 palestine3 palestine8 Malaysian Protesters Rally Against Israel Malaysian Protesters Rally Against Israel Malaysian Protesters Rally Against Israel Malaysian Protesters Rally Against Israel palestine1

*Semua gambar adalah hak cipta terpelihara segala penggunaan semula dalam bentuk kormesil adalah dilarang tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Mzaidi.com