Tuesday, September 2, 2008

Dua Penjenayah ditembak mati.



CHANGLUN(2 september 2008): Pihak polis telah menembak mati dua penjenayah semasa kejadian tembak menembak di stesen minyak caltex Taman Teja di Kilometer 8.7, Lebuh Raya Utara-Selatan, di Changlun, pagi tadi.
Ketua Polis Kontinjen Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata kejadian berlaku jam 10 pagi dan dua lelaki berumur 25 dan 29 tahun itu terbabit dalam kes culik dan rompak di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Polis menemui sepucuk pistol semi automatik di dalam kereta penjenayah terbabit.